Perak atau nama rasminya, Perak Darul Ridzuan merupakan sebuah Kesultanan Melayu dan salah satu daripada 13 buah negeri yang membentuk Malaysia. Perak terletak di kawasan pantai barat dan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Tanah Melayu selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.