Pahang atau nama penuhnya Pahang Darul Makmur ialah sebuah kesultanan dan salah satu dari tiga belas negeri di Malaysia. Ia adalah negeri yang ketiga terbesar di Malaysia dan yang paling besar di Semenanjung Malaysia mengikut luas kawasan, dan yang kesembilan paling besar mengikut jumlah penduduk.