Johor, juga dikenali rasminya sebagai Johor Darul Ta’zim ialah sebuah negeri dalam persekutuan Malaysia, terletak di hujung selatan Semenanjung Tanah Melayu. Johor bersempadan darat dengan negeri-negeri Pahang di utara serta Melaka dan Negeri Sembilan di barat lautnya.